
Lahir dalam keluarga yang sudah terbiasa dengan dunia seni, sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada anak – anak.
Seperti anak kedua kepada pasangan selebriti Azad Jazmin dan Eira Syazira iaitu Amiesya Leann Rose yang berusia enam tahun.
Menurut Azad atau mesra dipanggil Pak Azad, anak keduanya seorang yang gemar berlakon dan meniru gaya lakonan menerusi TikTok ataupun Youtube.
Tambahnya lagi, Amiesya juga gemar mended4hkan diri dalam kontent yang dibuat Pak Azad berbanding adik beradiknya yang lain.
View this post on Instagram
Apabila ditanya mengenai tawaran berlakon oleh pihak tertentu bagi Amiesya, Pak Azad memaklumkan anaknya banyak mendapat tawaran berlakon.
Namun baginya, biarlah anaknya menjalani kehidupan seperti kanak – kanak lain buat masa ini memandangkan dia masih kecil.
“Dia banyak sangat dapat offer, tapi cumanya saya nak diorang enjoy diaorang punya waktu muda, waktu kanak – kanak,” ujarnya.
Untuk makluman, Azad dan Eira mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Ketiga – tiga anak pasangan ini adalah perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Amiesya Leann Rose dan Suri Ratu.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mstar
[3] Video, mstar, azadsyaziraroses