“Amir ada dengan mama 24 jam…” Mira Filzah Luαh Rasa Bimbαng Mengenαi Anak Lelakinya

Pelakon Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mengakui agak suk4r melep4skan anak lelakinya kepada pengasuh baru. 

Hal ini berikutan pembantu rumahnya pulang ke kampung halaman kerana hal kecem4san selama dua bulan. 

Perkara tersebut dimuat naik ke Insta Story miliknya meluahkan kebimb4ngan dirinya untuk mempercayai orang baru. 

“Bukan tak nak panggil pembantu datang setiap hari tapi sus4h nak bina kepercayaan dengan orang. Kita dah bina kepercayaan dengan pembantu kita itu baru kerja lima bulan dah kena balik. 

“Dia bagus sangat – sangat Alhamdulillah tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Insya Allah ada hikmah yang baik – baik,” ujarnya. 

Jelas Mira lagi, sejak ketiadaan pembantunya, dia tidak pernah berenggang dengan Amir sekali gus membuatnya kagum dengan ibu – ibu yang menjaga anak tanpa bantu4n. 

“Sejak kebelakangan ini, saya kurang mengemaskini (media sosial) sebab pembantu rumah sudah balik dua minggu lepas atas urusan kecemasan selama lebih kurang dua bulan. 

“Amir ada dengan mama (gelaran dirinya) 24 jam kerana tiada sebarang majlis dan penggambaran. 

“Saya tidak tahu bagaimana ibu lain boleh melakukan, tetapi masyaAllah hebatnya mereka jaga anak sendiri tanpa pembantu,” tambahnya lagi. 

Memandangkan dirinya masih belum bertemu dengan pengasuh yang sesuai, dia merancang untuk membawa Amir mengikutinya ke tempat kerja pada Januari depan. 

“Mama pula nak mula kerja baik. Nanti nak bawa Amir pergi ikut bersama Januari ini. Nak tinggal macam tak boleh. Nanti mama yang nang1s. 

“Bila dah jaga Amir sendiri ini ber4t h4ti nak tingg4lkan dia. Lagi tak nak berenggang. Susah hati nak bekerja selagi tak jumpa pengganti pembantu yang baik dan boleh jaga Amir, sayang Amir macam anak sendiri. 

“Semoga Allah temukan kita dengan orang yang baik okay Amir? Semoga Allah berikan Amir pembantu yang baik, bertanggungjawab, sayang Amir dan paling penting jujur dan ikhlas nak kerja,” katanya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, mfmirafilzah, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.