(Video) “Alolo cutenya Bunga dah macam anak Korea pulak…” Gelαgαt Bunga Bersama Tok Sidang Cuit Hαti Ramai

Cahaya mata pertama pelakon cantik Elisya Sandha sering menjadi perhatian ramai setiap kali di muat naik ke laman media sosial. 

Menamakan anak perempuannya dengan nama Bunga Elhaq, juga merupakan cucu kepada pasangan pengarah dan penerbit popular iaitu Jinggo dan Sheila Rusly. 

Jika dilihat menerusi Instagram Sheila mahupun Jinggo atau mesra dipanggil Tok Sidang, sering berkongsi mengenai Bunga. 

Terbaru, perkongsian Tok Sidang bersama Bunga menarik perhatian ramai yang geram melihat kecomelan Bunga. 

“Baby ni pada Tok Sidang dari Haq Mikha sampei le ke @bungaelhaq, masa yang best dengan deme ni, masa deme baru bangun tido, bau badan baby, masa mandi kan deme, masa tuam kan deme dan masa deme tido balik depan mata kite… 

“Komer Geng Tok Sidang lak macamana, mane rhoprnye komer ngadap anak ke, cucu ke … ke cicit kalau umo panjang,” tulisnya panjang lebar. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut senang melihat kecomelan serta manjanya Bunga bersama datuknya. 

“Ulang² acik tgk bunga.. Comey sguh noh”

“Chomel nya.masya-Allah anugerah Allah. semoga membesar dgn sihat bunga Aamiin.”

“Pandai pegang Muka atoknya ..”

“Alo..comey sungguh bunga ni”

“Subhanallah masyallah cantiknya awak”

“MashaaAllah tabarakallah alhamdulillah indahnya bunga anugrah Allah ger4mmmmmm”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, jinggo_jspictures, elisyasandhaofficial

Video, jinggo_jspictures

Leave a Reply

Your email address will not be published.