(Video) “Betul2 ikut mama dia, kecik2 dah pandai berlαkon…” Gelagat Anak Lelaki Eyra Hazali Berlαkon Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan pemain pasukan Johor Darul Takzim, Muhammad Haziq Nadzli. 

Kini Eyra lebih menghabiskan masa bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Hayder Qalish, 2 tahun dan Muhammad Endra Haqimie, 7 bulan. 

Meskipun begitu, Eyra masih lagi aktif menjadi duta beberapa produk dengan berlakon bersama anak lelaki sulungnya, Hayder. 

Penampilan anak lelakinya sering menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya yang kini sudah pandai berlakon seperti mamanya. 

Terbaru, perkongsian Eyra menerusi akaun Instagram berlakon bersama Hayder menarik perhatian ramai. 

Mana tidaknya, Hayder kini dilihat sudah semakin bagus menjadi pelakon tambahan mamanya dan mendapat pujian ramai. 

“Jarang2 ya anak nak spot check hehe. Alhamdulillah handsock @nurbella.co memang selesa sebab pakai kain lycra and ada size tau from S-L.  

“Banyak lagi colour so korang boleh checkout @nurbella.co ya,” tulis Eyra. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kecomelan serta lakonan Hayder seperti mamanya. 

“Kecik2 dah pandai berlakon noo..omeei”

“Tul² ikut mama die..kecik² udah pandai blakon..comel jerk..kal4h papa die”

“Mana tk tump4h kuah kalau tk ke nasi, bijak kemain”

“Okay lah ni onz la ni. Takyah jadi footballer tau. Jadi pelakon okay hahahahahah”

“Amboi pandainya hayder cakappp”

“Masyaallah pandai nya diaa.. bijak sangat”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, thepostbd, eyra.hazali

Video, eyra.hazali

Leave a Reply

Your email address will not be published.