(Video) “Rezeki hujung tahun…” Staf Luαh Rasa Syukur, Ini Rupanya Hαdiαh Syahmi Sazli & Isteri Untuk Pekerjαnyα

Pemilik nama Syahmi Sazli bukan sahaja terkenal dengan seorang pengarah dan Youtuber, malah menjadi idola ramai orang dengan sikap menitikberat mengenai kebajikan pekerja – pekerjanya.

Selain itu juga, Syahmi dan isteri iaitu Anissa Faizul dikenali di media sosial sebagai personaliti yang merendah diri serta bersederhana walaupun sudah memiliki perniagaan yang maju. 

Bukan itu sahaja, Syahmi dan isteri juga terkenal dengan sikap pemurah terhadap pekerja – pekerjanya dimana mereka berdua sering memberi hadiah sebagai tanda penghargaan. 

Baru – baru ini menerusi perkongsian salah seorang pekerjanya, dapat dilihat Anissa sedang memberikan sedikit sumbangan kepada pekerjanya. 

Hal ini susulan daripada usaha kerja ker4s mereka selama ini dalam membangunkan perniagaan yang diusahakan. 

Menerusi video tersebut juga dapat dilihat Anissa memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit serta emas kepada mereka. 

“Alhamdulillah untuk rezeki di penghujung tahun ini. Semoga bos saya Syahmi dan Anissa dilimpahkan lagi rezeki yang tak pernah putvs. Simpan sini buat kenangan je tau,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berasa kagum dan tumpang gembira dengan perkongsian tersebut. 

“Bersyukur lah sapo ii blh bos mcm nisa dn syahmi niem..smoga Allah melindungi mi skeluarga dn sntiasa dlm rahmat Allah amin”

“Sbb tu la syahmi ngn nisa ni muroh rezeki..sbb dio x ked3kut..”

“Alhamdulillah rezeki d kongsikn bersama smoga d murahkn rezeki selalu”

“Humble je.. moga allah luaskn rezki mie sekeluarga amin”

“Sbb tu rezki syami dan isterinya semakin baik..dia pemurah”

“Suka laki bini ni baik dgn org sekeliling sbb tu Allah bg rezeki yg x putus2 pda diorg berdua.”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, syahmisazli

[3] Video, @shajarr__

Leave a Reply

Your email address will not be published.