(Video) “Tokti excited tengok makanan favourite…” Gelagat Tokti Ketika Mαkαn Di Restoran Tαrik Perhαtiαn Ramai

Siapa tidak kenal dengan figura Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sememangnya popular dalam kalangan peminat seni hiburan tanah air. 

Meskipun sudah terkenal sehingga ke luar negara, namun Datuk Siti atau mesra dipanggil Tokti juga digemari ramai kerana sikap merendah dirinya. 

Umum mengetahui Tokti berasal dari keluarga sederhana dan sememangnya suka akan makanan tradisional kampung. 

Jika sesiapa yang mengikuti Tokti di laman sosial pastinya tahu Tokti juga suka menyediakan lauk kampung kepada keluarganya. 

Menerusi perkongsian salah seorang peminat Tokti, dapat dilihat riak wajahnya yang teruja apabila melihat pelbagai jenis lauk kampung di atas meja. 

Tokti yang mengunjungi sebuah restoran bersama suami dan rakan – rakan teruja melihat juadah yang disediakan sambil menyebut nama lauk tersebut. 

“Bila Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk excited tengok ada favorite makanan diatas meja,” tulis individu tersebut pada ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet meninggalkan komen yang positif mengenai perkongsian tersebut. 

“Pinggan tu menggamit kengn…teringt aruah mak”

“Masya Allah cantiknya Dato Sri Siti Nurhaliza ”

“Slm dato ct yg cantik mnis wow sdap nye”

“Cantik sekali Siti Nurhaliza..salam kenal dr pengagum mu di Jawa tengah”

“Comelnya dia”

“Syukur alhamdulillah”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, sitizen.fnd

Leave a Reply

Your email address will not be published.