(Video) “Bunga ni definisi cantik dari lahir…” Perkongsian ‘Throwbαck’ Anak Elisya Sandha Tαrik Perhαtiαn Ramai

Tidak din4fikan mereka yang pertama kali bergelar ibu pasti merasa teruja selain mendapat pelbagai pengalaman baru. 

Momen – momen tersebut pasti akan diingati sampai bila – bila dan ibu juga pasti akan merakam setiap momen indah bersama anak mereka. 

Seperti pelakon Elisya Sandha yang sudah bergelar ibu selama enam bulan kepada anak perempuan sulungnya iaitu Bunga Elhaq. 

Bunga juga tidak kurang popular daripada ibu serta neneknya, Sheila Rusly dimana setiap perkongsian mengenainya pasti menjadi perhatian ramai. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Elhaq 🌹 (@bungaelhaq)

Terbaru, Elisya berkongsi video mengenai anak perempuannya sebagai kenangan pada tahun 2022 yang memberi makna baru buatnya. 

“Cintaku Bunga Elhaq, jika dapat ibu bagi satu perkara dalam hidup iaitu kebolehan melihat dirimu sendiri dalam pandangan ibu, kasih sayang ini memenuhi segenap ruang hati ibu. 

“Bunga Elhaq adalah perkara paling penting dalam tahun 2022. Selamat Tahun Baru 2023,” tulisnya. 

Dalam pada itu, disertakan juga video Bunga ketika baru lahir dan sekarang berusia enam bulan. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan wajah Bunga sejak lahir lagi. 

“Suka sangat tengok Bunga ni. Air muka menawan hati, bak kata husband saya cantik asal ni”

“Comel2 Bunga Elhaq muka Korean abis. Kalau mommy mcm France.”

“MasyaAllahhhhh bungaaa syomellll nyer awakkk”

“Yeah that’s was true. Bunga time flies to fast dear”

“Love u so much adorable Bunga yg solehah”

“Muke pak dia laaaa.. Sho cuteee!”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, bungaelhaq, elisyasandhaofficial

Video, elisyasandhaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.