(Video) “Sempoi je Tokti gantúng hp kat leher…” Perkongsian Sambutan Ulαngtαhun Kelαhirαn Tokti Di luαr Negara Tαrik Perhαtiαn Ramai

Pada penghujung tahun lalu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti dan keluarga telah bercuti ke Dubai. 

Percutian mereka ke sana turut disertakan dengan melihat rumah mewah baru Tokti di sana selain menyambut tahun baru di sana.

Kemudiannya Tokti dan suami serta dua anak mereka iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa melancong pula ke Jepun dan merasai musim sejuk di sana. 

Berkongsi ke laman Instagram miliknya, sambutan hari lahir Tokti kali ini berbeza apabila disambut di luar negara. 

Dalam pada itu Tokti juga turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta yang sentiasa ada bersamanya selama ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Alhamdullillah.. Terima Kasih Ya Allah, Segala yang DIKAU kurniakan padaku .. Hanya PadaMu segala Puji Bagi Allah sekelian Alam . 

“Terima Kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari & menjaga Me serta anak anak sebaiknya..begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal & anaknda @sabrina.jp yang sangat baik hati ..  

“Kakak Za yang sama bantu makiti sepanjang percutian panjang ni..Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb,” ucapnya panjang lebar. 

Selain itu, Tokti juga memuat naik video sambutan ulangtahun dengan meniup lilin bersama anak perempuannya. 

Apa yang menarik perhatian peminat adalah gelagat Tokti yang menggantvng telefonnya di leher dengan kameranya terbuka. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata rakan selebriti serta para peminat turut mengucapkan selamat ulangtahun kepada penyanyi nombor satu negara itu. 

“Happpyyy birthdayyy Habanggg kesayangan ramaiiiii … balik cepatt jommmm makann”

“Sanah helwah tokti . Moga panjang umur , happy selalu & kekal bahagia . Seronok tgk keluarga tokti & anak2”

“Pakai Rantai telepon pun tetap segakkk”

“Happy Birthday Dato Siti. Semoga senantiasa dibwh lindungan Allah swt , berbahagia kehidpanmu di dunia & di akhir4t nnti.. Aaamiin amiin”

“Barakallah fi umrik my idol, semoga selalu diberikan kesehatan dan keberkahan dalam hidup”

“Happy birthday kak iti… Semoga diberikan kesihatan yg baik, bahagia bersama famili tersayang, dan diluaskan rezeki”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.