(Video) Gelagat Fazura Jadi Budak Sekolah Cuit Hαti Ramai “Hαrαp Fatima tαk tengok ni…”

Pelakon cantik Nur Fazura bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah turut terjvn ke dunia perniagaan. 

Kini, Fazura lebih menumpukan kepada perniagaan jenamanya sendiri selain menguruskan anak perempuan iaitu Nur Aisya Fatima yang kini berusia dua tahun. 

Seperti kebanyakan usahawan lain dimana bagi mempromosikan produknya, pasti akan membuat pelbagai tema dengan menjadi model sendiri. 

Seperti juga Fazura yang mempromosikan sendiri produk jualannya menerusi Instagram mahupun TikTok. 

Terbaru, perkongsian Fazura menerusi akaun TikToknya menarik perhatian ramai dimana dia mengenakan baju sekolah. 

Apa yang mencuit hati adalah Fazura memanggil suaminya iaitu Fattah Amin sebagai daddy dan seakan melakonkan watak anak perempuannya apabila besar nanti. 

Hal ini mengundang tawa bukan sahaja suaminya malah mereka yang ada di dalam rumah tersebut. 

“Harap Fatima tak tengok ni,” tulis Fazura pada ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat telatah lucu ibu kepada Fatima itu. 

“Sape tgok ulang² kita geng”

“Ni fatimah tengok ni, jenuh jeal0us mamp0ih, org lain ambil daddy dia.”

“Besar dh anak fattah ye hahahaha sapa ulang bnyk kali kita geng”

“Oloohh.. comei la budok skoloh ni”

“Adehhhhh dady dady nk g sekolahhh sosweet”

“Lawa mama fatima pakai baju sekolah”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, missfazura

Video, @fazuraofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.