Maryam Dikecαm Kerana Kurαng Fasih Berbahasa Melayu, Sekali Ini Respons Pαdunya

Pempengaruh asal Korea Selatan, Maryam You Narae, meluahkan rasa ke.sal dengan keca.man netizen apabila menyifatkan pertuturannya yang tidak begitu fasih dalam bahasa Melayu sangat meri.maskan.

Malah, pempengaruh berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak menyertai atau mengambil kelas khusus untuk mempelajari bahasa Melayu tetapi hanya belajar secara natural seperti berkomunikasi dengan orang sekeliling kerana lebih seronok dan mudah untuk dihαdam.

“Saya dah duduk di Malaysia dua tahun lebih, saya cakap bahasa Melayu macam ini. Saya tidak pernah ambil kelas bahasa Melayu atau pergi ke sekolah di Malaysia sebab saya suka belajar secara natural, itu sangat seronok dan senang ingat,” ujarnya.

Sering diasak dengan keca.man yang memperle.kehkan usahanya, Maryam berkata, dia lebih selesa menggunakan bahasa Melayu berbanding Inggeris.

“Saya lagi selesa cakap dalam bahasa Melayu berbanding Inggeris. Orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris semakin bertambah dalam dunia tetapi orang cakap bahasa Melayu?” soalnya.

Dalam pada itu, ibu kepada satu orang anak itu menyatakan dia sangat bangga dengan usahanya untuk bertutur dalam bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih.

Maryam dengan tegas berkata, dia tidak akan mempedulikan kata-kata nega.tif dan toh.mahan yang dilem.parkan oleh netizen kepadanya.

“Saya boleh cakap bahasa Melayu dengan bangga walaupun tidak pandai sangat. Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna bahasa Melayu.

“Kalau tidak mahu dengar, silakan beram.bus,” tegasnya.

Menerusi perkongsian tersebut dalam Instagram, rata-rata pengikutnya menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepada Maryam serta menasihatinya agar terus berusaha mempelajari bahasa Melayu tanpa mempedulikan kata-kata negatif oleh netizen.

Terdahulu, Maryam berkahwin dengan jejaka asal Kota Bharu, Kelantan, Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina, 3.

Do whatever you like @maryamyunrrr Whatever doesn’t kíll you, only makes you stronger. So, you do you and just keep doing it as long as you’re happy

to me,i suka dengar maryam cakap bm sebab boleh je faham and memang la agak pe.lik sebab maryam bukan orang melayu..btw just be yourself,ignore the ha.ters..itu yang membuatkan diri maryam unik and orang suka.

Org lain nk blaja bahasa eng bahasa korea ke ape pon kena masuk kelas kira hebat la xperlu masuk kelas blaja sendiri

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Beautifulnara & Instagram Maryam

[3] Gambar 1, Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published.