“Bersederhana itu adalah impian..” Mimi Lana Kongsi Impian Majlis Perkahwinannya Nanti

Dirisik keluarga Syafiq Kyle semalam, pelakon Mimi Lana meluahkan rasa syukur di atas doa serta kata-kata yang baik diberikan kepadanya.

Menerusi satu perkongsian di muat naik, Mimi berkata semuanya adalah perancangan Allah serta dia mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga atas segala doa yang baik daripada kalian. Saya sangat terha.ru dengan semua kata-kata baik yang diberikan.

“Bagi saya, 90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus datang daripada saya. Segala yang berlangsung merupakan di luar jangkaan saya. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semuanya direstui dengan mudah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mimi juga terharu kerana disayangi ramai serta mendoakan agar urusannya serta mereka yang menyayangi dirinya dipermudahkan.

“Selama 27 tahun, ini kali pertama saya rasa sangat sangat disayangi semua orang sehingga tiada perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati. Alhamdulillah.

“Terima kasih tidak terhingga Ya Allah dan keluarga, termasuk keluarga pasangan saya. Tiada kata yang dapat menggambarkan apa perasaan saya pada waktu ini.

“Allah SWT telah permudahkan segala-galanya dan saya akan terus berdoa agar urusan saya serta semua yang menyayangi dipermudahkan pada masa akan datang. Insya-Allah. Amin,” tulisnya.

Semalam, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan aktres itu diri.sik keluarga Syafiq dalam satu majlis ringkas.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Sinar Harian, Hiburan Gempak

[3] Gambar 1, Instagram Mimi Lana

Leave a Reply

Your email address will not be published.