
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Saharul sendiri di akaun Instagramnya beserta kata-kata syukur di atas kelahiran cahaya mata yang ketiganya itu.
“SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah.. Segala puji bagu Allah. Semuanya Allah SWT,” tulisnya ringkas di halaman Imstagramnya
View this post on Instagram
Malah, Saharul juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan isterinya di ruangan Insta Story.
Sebagai tanda terima kasih kepada semua, Saharul telah mendoakan agar urusan ibu bapa yang berusaha untuk memiliki cahaya mata juga dipermudahkan.
“Alhamdulillah saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri saya dan juga anak saya.”
“Sentiasa Allah limpahkan rahmat dan nikmat agama dalam setiap hati anak2 saya. InsyaAllah.”
“Saya juga doakan tuan puan yang mungkin lagi ikhtiar untuk dapatkan zuriat, InsyaAllah banyak-banyakkan doa, pasti Allah berikan yang terbaik untuk kita,” ucapnya
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Saharul dan isteri masih lagi belum mendedahkan nama dan wajah anak perempuannya buat masa ini.
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahhara,3.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Gempak
[2] Gambar Utama, Instagram Saharul Ridzwan