“Kalau boleh saya nak bersαlin…” Jalani Kehidupan Tenang, Fazura Dedαh Perαncαngαn Tαhun Ini

Pelakon dan usahawan Nur Fazura kini bahagia bersama suami yang juga seorang pelakon, Fattah Amin dan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya. 

Kini usia Fatima sudah memasuki dua tahun dan Fazura mengakui mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat kedua tahun ini. 

Menurut Fazura, meskipun sibuk dengan perniagaan dan karier seninya, dia berharap dapat melahirkan cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini. 

“Dalam masa setahun itu kita rasa macam lama tapi sebenarnya kejap. Jadi, sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes dan InsyaAllah mudah – mudahan saya nak anak kedua. 

“Jadi, nak buka ‘kilang’ anak lagi, bisnes, berlakon lagi.. Insya Allah mudah – mudahan tercapai apa yang saya nak buat tahun ini. 

“Kalau boleh, saya nak bersalin penghujung tahun ini. Tapi ini pun dah Januari, dengan akan ada filem lagi.. Jadi macam mana nak buka ‘kilang’ tu. 

“Apa – apa pun semuanya daripada Allah, saya doakan semoga semuanya dimudahkan. Perancangan Allah itu yang terbaik dan saya ikut saja,” ujar Fazura. 

Dalam pada itu, Fazura berharap kali ini dia menginginkan anak lelaki, namun jika rezekinya anak perempuan dia terima saja ketentuan Allah. 

“Kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi kalau anak perempuan pun saya terima sebab itu ketentuan Allah dan saya bersyukur,” tambahnya lagi. 

Ibu kepada Fatima itu juga meluahkan rasa syukur dapat menjalani kehidupan yang tenang dan sempurna disamping suami dan anak. 

“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai uruskan masa saya. Macam nak uruskan Fatima, uruskan suami dan perniagaan. 

“Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dan saya memang aturkan jadual saya dengan baik. Sangan tenang dan sempurna walaupun ada rint4ngan, tetap bersyukur,” katanya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, missfazura

Leave a Reply

Your email address will not be published.