(Video) “Kecik2 dah pandai cari duit…” Perkongsiαn Video Anak Perempuan Puteri Sarah Liyana Jαdi Buαlαn Ramai

Pelakon Puteri Sarah Liyana kini sering memuat naik perkembangan dua anaknya iaitu Syaikul Islam,6 dan Sumayyah,3 tahun ke laman media sosial miliknya. 

Setiap perkongsian Puteri Sarah mengenai kedua – dua anaknya menerusi akaun Instagram mereka berdua sentiasa menjadi perhatian ramai. 

Terdahulu, Sumayyah menjadi bualan ramai dengan kecomelan wajahnya yang sama seperti ibunya ketika kecil dulu. 

Terbaru, perkongsian mengenai Sumayyah sekali lagi menarik perhatian ramai dimana Sumayyah sedang membuat photoshoot. 

Menerusi video tersebut, anak perempuan Puteri Sarah yang mengenakan baju kurung sedang tersenyum manis di hadapan kamera. 

“Baby mama dah jadi model,” tulis Puteri Sarah pada ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet tidak henti memuji kecantikan Sumayyah yang mewarisi baka mama dan papanya. 

Selain itu, mereka turut memuji bakat yang ada pada anak Puteri Sarah seperti model semula jadi. 

“Kecantikan dan kelembutan yg di warisi dr ibu. Moga dewasa nnt sumaiyyah tahu ibu adalah seorang wanita yg kuat dan kent4l”

“Ni bukan comel ni cantikkkk. Mashaallah cantik sangat summayah”

“Mcm ank mat saleh je si adik tu.”

“Mmg layak jd model muka tsangat comel”

“Dpt baka mak dia, ayah dia, mmg cantik la anak2.. Alhamdulillah..”

“Kecik² da pndai cari duit”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, syaikhulsumayyahofficial, puterisarahliyana

Video, syaikhulsumayyahofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.