
Pengacara dan usahawan popular Neelofa membuat keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah menerusi satu karnival jualan (preloved) di Petaling Jaya.
Menerusi perkongsian Neelofa di Insta Story miliknya memaklumkan penjualan tersebut bakal berlangsung Sabtu dan Ahad sambil menunjukkan beberapa pasang kasut yang dimilikinya.
View this post on Instagram
“Nak buat preloved kasut – kasut saya yang sangat banyak ini. Ada jenama Cristian Louboutin dekat sini, ini Balenciaga, ini Celine.. Kebanyakan saiz ialah 36, 37, 38. Murah – murah sahaja.
“Kasut – kasut ini kalau tidak letak dalam kotak sahaja, tak tahu nak buat apa. So sekarang ini nak jual RM300, RM500, RM800.
“Yang ni contohnya (sambil tunjuk kasut perincian jenama Christian Louboutin) harga asal dia RM14,000 tapi nak jual RM1,000 sahaja.
“Sebab tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja sayang. Korang belilah, murah – murah. Kalau tidak harga dia semua ribu – ribu, belas ribu,” ujarnya.
Dalam pada itu, ummi kepada Muhammad Bilal ini menging4tkan kepada bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya.
“Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai,” tambahnya lagi.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mediahiburan
[2] Gambar, neelofa
[3] Video, mediahiburan