
Influencer terkenal Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau mesra dipanggil Ubai mended4hkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi Shila Amzah.
Harian Metro melap0rkan, Ubai mendedahkan dia mula menjadi rakan kepada Shila selepas penyanyi yang mencipta nama di China itu mengalami fasa perit dalam kehidupannya.
Ceritanya, Ubai menjadi peneman setia Shila yang memberi sokongan dalam meneruskan kehidupan dengan lebih kuat dan tabah.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar tahun 2014.
View this post on Instagram
“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui,” katanya.
Tambah influencer berusia 25 tahun itu, dia tidak menyangka hubungan tersebut memasuki fasa yang lebih serius dan berkongsi perkara tersebut ketika siaran langsung di TikTok, baru – baru ini.
“Tak sangka hubungan itu lama kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkomgsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” tambahnya.
Sementara itu, Shila turut memaklumkan keluarganya sudah merestui hubungan mereka berdua.
“Saya selesa dengan Ubai, lagi satu nak cakap, keluarga dan adik beradik saya semua okay je.
“Korang jangan nak cakap macam tak direstui ke apa benda sebab yang sebelum – sebelum ini mungkin ada sebabnya kalau tak suka,” ujar Shila.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohmymedia
[2] Gambar, ubaimz, shahilaamzah
[3] Video, @shila.aubaifans_