(Video) “Versi Zizi Kirana masa kecik kot…” Perkongsian Video Aisyah Dhia Rana Jadi Buαlαn Ramai

Anak perempuan tunggal kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aisyah Dhia Rana merupakan si cilik yang digemari ramai. 

Kecantikan anak Rozita atau mesra dipanggil Che Ta sering menjadi bualan ramai yang menyamakan dengan ibunya, bek4s ratu cantik. 

Setiap perkongsian anak perempuan Che Ta ini sentiasa menjadi perhatian ramai dengan penampilannya yang sentiasa ‘up to date’.

Meskipun begitu, Che Ta dan suami tetap mengutamakan pendidikan agama dan hafalan ayat – ayat suci Al-Quran bagi Aisyah sejak kecil lagi.

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian di Instagram milik Aisyah sendiri dimana dia sedang membaca surah menggunakan telefon pintar. 

Aisyah yang mengenakan telekung merah sambil membaca surah menarik perhatian warga maya dengan bacaannya. 

“Salam Jumaat semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji serta mendoakan agar Aisyah menjadi anak yang solehah apabila besar nanti. 

“Masha Allah aisyah..moga ishtikomah n jadi anak yg solehah..aamin”

“Cerdik,ank solehah,”

“Pandai nye ecohhh.. alhamdulillah semoga menjadi anak yg solehah dan Hafizah AL Quran insyaallah amin”

“Masyaallah Tabarakillah.. semoga menjadi anak yg solehah yang bermanfaat dunia dan juga di akh1rat”

“Alhamdulillah, sentiasa dgr ayat Quran pasti Aaisyah pandai baca Al-Quran”

“Pandainya aisyah bace quran..insyaAllah jadi anak solehah utk ibu ayah.amin”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, aaisyahdhiarana111, rotikaya, boom-malaysia

Video, aaisyahdhiarana111

Leave a Reply

Your email address will not be published.