
Baru – baru ini, pengacara dan usahawan popular Neelofa dan keluarganya telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Termasuk kakak dan anak saudaranya iaitu Noor Nabila dan Jebat Jayden yang sebelum ini menjadi tul4r apabila bek4s suami Nabila, Sharnaaz Ahmad menghantar mereka ke lapangan terbang.
Nabila sering berkongsi mengenai perkembangan mereka berdua sepanjang berada di tanah suci menerusi Insta Story miliknya.
Hal ini kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang individu ke laman TikTok mengenai gelagat Jebat bersama ibunya.
Menerusi video tersebut, Nabila bersama Jebat dan beberapa individu lain sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Jebat yang diminta oleh mummynya untuk bercerita tentang keberadaan mereka di sana mencuit hati mereka yang melihatnya.
“Ustaz Haji Jayden,” tulis individu tersebut pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dan memuji kecomelan Jebat bersama mummynya.
Comel lah hero kecik ni.
Assalamualaikum haji.
Jayden hensem.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, sharnaazahmad
Video, @fidermanjj