
Baru – baru ini, pempengaruh personaliti media Marya You Narae telah memaklumkan sudah bertudung sepenuhnya.
Rezeki Maryam selepas berhijab, menjadi duta tudung jenama Leeyanarahman Scarves dengan menampilkan kualiti kayangan dan harga marhaen.
View this post on Instagram
Terbaru, jenama tudung Leeyanarahman telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah berjaya menjual 300,000 helai tudung dalam tempoh kurang sejam pada 27 Februari lalu.
Pengasas jenama tudung tersebut nyata terkejvt dan bersyukur dengan sambutan yang diterima mereka pada kali ini.
“Ini asbab serta rezeki yang baik buat kami dan tentunya untuk Maryan sendiri sebagai mualaf yang sudah mula menutvp aurat awal tahun ini. Perkara baik seperti dilakukan Maryam, insyaAllah moga baik – baik saja laluannya.
“Kita belum lancar, tapi 300,000 helai tudung dicetak hab1s terjual. Hebat penangan Maryam. Maryam sebenarnya mewakili koleksi tudung kami untuk edisi ketiga. Edisi pertama dan kedua dulu masing – masing menampilkan Ummi Nazeera dan Hannah Delisha.
View this post on Instagram
“Tema kali ini, Wanita Dambaan Syurga juga bagai kena dengan perjalanan hidup baharu Maryam terutamanya keinginan hati kecil dia nak berhijrah menjadi wanita mualaf yang lebih baik,” ujar Liyana Rahman.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohbulan
[2] Gambar, leeyanarahman.scarves, maryamyunrrr