
Baru – baru ini pelakon cantik Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy bersama anak perempuan mereka iaitu Bunga Elhaq sudah berpindah ke rumah baharu.
Elisya yang juga menantu kepada pasangan pengarah dan penerbit terkenal, Sheila Rusli dan Jinggo sebelum ini menetap di rumah mereka selepas berkahwin.
Sheila juga ada berkongsi video mengenai dirinya dan suami bertandang ke rumah baru anak menantunya dan sempat berbuka puasa di sana.
Terbaru, Jinggo menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan kerinduan terhadap cucu kesayangannya yang sebelum ini tidak pernah berenggan.
View this post on Instagram
“Kenangan dulu… Bila Daddy keluar…Mummy jaga Bunga…Bila Mummy ada kerja…Nanna jaga Bunga..
“Bila Nanna ada hal… Dadda tarak hal lah nak jaga Bunga, anytime… no hal lah sebab Dadda memang udah pencen,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jinggo juga turut memuat naik video kenangan dirinya sedang berborak dengan Bunga ketika berada di rumahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet tidak jemu memuji kecomelan wajah Bunga yang seiras dengan daddynya.
Comel sungguh putih gebu.
Ni dadda rindu Bunga ni.
Makin comel Bunga.. Sama muka nanny.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, jinggo_jspictures, bungaelhaq, elisyasandhaofficial
Video, jinggo_jspictures