
Tanggal 31 Ogos tahun lalu, Youtuber Alief Irfan dan pasangannya telah dikurniakan sepasang kembar setelah beberapa tahun menantikan cahaya mata.
Bagi mereka berdua, Ayla Median dan Ayden Maleeq adalah anugerah terindah buat mereka berdua yang sudah lama menantikan zuriat.
Isteri Alief iaitu Bella telah membuat satu akaun kh4s untuk berkongsi momen berharga dua anaknya di laman Instagram.
Meskipun jarang – jarang berkongsi mengenai perkembangan anak kembar mereka, Ayla dan Ayden yang kini berusia enam bulan mempunyai peminat mereka tersendiri.
View this post on Instagram
Terbaru, perkongsian Bella sekali lagi menarik perhatian ramai dimana Bella memuat naik video kedua – dua anaknya.
Masing – masing mengenakan baju berwarna hitam dilihat tersenyum seperti sedang diagah, dan apa yang menariknya Ayla tersenyum menampakkan lesung pipitnya seperti Alieff.
“Kebahagiaan mummy & daddy. Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Comelnya kembar ni 😍 pic.twitter.com/KguDfo3IRW
— video viral (@viralv297) March 2, 2023
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kecomelan pasangan kembar Alieff dan Bella.
Yang lelaki sebijik muka Bella. Yang perempuan muka Alieff.
Eeii comelnya.
Ayden betul2 copy paste Bella la hahaha mata dua2 cantik.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, bellestrelle, twins_aylaayden
Video, twins_aylaayden