
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan saja berbakat besar dalam bidang nyanyian, malah mencipta nama dalam dunia perniagaan.
Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sememangnya digemari ramai dan sentiasa menjadi tumpuan setiap kali muncul di khalayak ramai.
Bukan itu sahaja, Tokti cukup terkenal dengan sikap lemah lembut serta merendah diri setiap kali berhadapan dengan orang.
Kini Tokti bahagia bersama suami, Datuk Khalid Jiwa dan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa, satu tahun.
Kedua – dua anak Tokti juga tidak l4ri daripada perhatian media serta para peminatnya yang ingin mengetahui perkembangan mereka.
Sebelum ini, Aafiyah mencvri tumpuan ramai apabila menunjukkan bakat nyanyian seperti ibunya dan ini mendapat sokongan ramai.
Anak kedua Tokti juga tidak kurang perhatian dengan gelagat lucu serta kecomelan wajahnya dengan pipi tembam.
Terbaru, perkongsian Tokti menerusi Insta Story yang kemudian dimuat naik oleh sal4h seorang peminatnya menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Afwa sedang seronok menonton nyanyian ibunya di kaca televisyen sehingga melompat – lompat keterujaan.
“Laa.. Dia layan sungguh noo,” ujar Tokti.
View this post on Instagram
Untuk makluman, Tokti dan Datuk Khalid mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, muhdafwakhalid, ctdk
Video, srikandi.79