(Video) Perkongsian Terbaru Muhammad Bilal Tαrik Perhαtiαn Ramai “Asyik Ummi je, Bilal pun nak jugak”

Umum mengetahui kini pengacara dan usahawan Neelofa telah berangkat anah suci Mekah bersama suami dan anak lelakinya bagi mengerjakan umrah. 

Meskipun anak lelakinya, Muhammad Bilal baru berusia setahun, namun menurut suami Neelofa iaitu Muhammad Haris telah merancang lama untuk membawa anak mereka ke sana. 

Beberapa perkongsian mengenai Neelofa dan anaknya sepanjang berada di sana menarik perhatian ramai. 

Terdahulu, Neelofa menarik perhatian warga maya apabila dilihat menunggang skuter luggage untuk bergerak ke mana – mana sekitar kawasan Mekah. 

Terbaru, perkongsian salah seorang peminat Neelofa mengenai suami dan anaknya mencuit hati ramai. 

Menerusi video tersebut,Haris bersama Bilal dilihat menunggang skuter yang sebelum ini dinaiki oleh Neelofa. 

“Asyik Ummi je naik, Bilal pun nak naik jugak,” tilis individu tersebut. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Haris bersama anak lelakinya. 

“Hoi boleh tah4n pak ustaz, l4ju”

“Comell abi dn Bilal..”

“Laju abah bawak tu”

“Bilal happy ya, Alhamdulillah”

“Abah Dan Bilal kata bye bye ummi.. kami p.masjid dulu deh.”

“Baru betul abah bawak anak”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, neelofa

Video, @lofa.world

Leave a Reply

Your email address will not be published.