(Video) “Penyabar betul gurunya…” Perkongsian Terbaru Anak Tya Ariffin Tαrik Perhαtiαn Ramai

Anak perempuan kepada pengasas produk kecantikan Tya Ariffin iaitu Azzahra Jiwa sering menjadi perhatian ramai dengan kecomelan serta kepetahannya bercakap. 

Meskipun baru berusia tiga tahun, Azzahra atau mesra dipanggil Ara sudah pandai mengira dan mengenal huruf. 

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian terbaru Tya mengenai anak perempuannya sedang mengajar sepupu – sepupunya. 

Dengan suara yang lantang, Ara sabar mengajar mereka berdua huruf dan nombor serta dalam bahasa Mandarin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara ❤️ (@azzahrajiwaasyraf)


Salah seorangnya adalah anak kepada pelakon Izara Aishah iaitu Alaia yang kini berusia dua tahun, turut serta bermain bersama. 

“Ara ada buat part time cikgu, cikgu alpahabet, cikgu maths and mandarin. Setakat ni dah ada 2 student, Alayna Alaia,” kongsi Tya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur serta memuji kepandaian Ara yang tekun mengajar sepupunya. 

Penyabar betul gurunya.

Wahh Ara dah bole coaching lps ni.

Pandainya dia.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, tyaarifinnw, azzahrajiwaasyraf, kashoorga

Video, tyaarifinnw

Leave a Reply

Your email address will not be published.