
Baru – baru ini, jurusolek terkenal Mua Bellaz dan keluarganya telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah.
Berkongsi perkara tersebut ke laman Instagram miliknya, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zuldayaini memohon doa ramai agar dipermudahkan urusan.
Bellaz juga tidak lokek untuk berkongsi momen serta aktiviti mereka sekeluarga sepanjang berada di sana untuk tatapan para peminat.
Terbaru, perkongsian ibu kepada empat orang cahaya mata ini menarik perhatian ramai mengenai anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa.
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Wara tidak lepas daripada perhatian mereka yang berada di sana dan ada juga yang mengambil gambarnya.
Apa yang tambah menarik minat warga maya adalah ketika seorang lelaki mengucup tangan Wara dengan lembut, buatkan ramai cair.
“Part ustazah wara minum ayaq zamzam tu gewamm ja tengok,” kongsi @warabellazs.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut senang dengan perkongsian tersebut selain memuji kecomelan wajah Wara.
Banyak kali tengok.. Tak puas.. Tengok tang pak arab tu kiss tangan Wara.
Comenlnya, ramai peminat ni.
MasyaAllah sejuk mata memandang.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, muabellaz
Video, @nilofawara00