(Video) Selesai Di Mαhkαmαh, Kelibat Sharnaaz Ahmad Jemput Anak Balik Umrαh Dipuji Ramai

Pelakon Sharnaaz Ahmad dipuji ramai kerana masih berhubungan baik dengan bekas isteri, Noor Nabila demi anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden. 

Mereka berdua bergilir dalam menjaga Jebat dan ini dapat dilihat menerusi perkongsian mereka berdua di laman Instagram. 

Beberapa minggu lalu, Sharnaaz menjadi bualan ramai apabila dilihat menghantar anaknya ke lapangan terbang untuk ke tanah suci Mekah bersama Nabila. 

Sepanjang di Mekah dan Madinah, Nabila sering berkongsi mengenai perkembangan Jebat di Insta Story dan Sharnaaz juga turut memuat naik semula perkongsian Nabila. 

Terbaru, seorang pengguna TikTok berkongsi video ternampak Sharnaaz menjemput Jebat di lapangan terbang yang baru tiba dari tanah suci. 

Menerusi video tersebut, Sharnaaz dilihat mendukung Jebat bagi melepaskan rindu setelah hampir dua minggu tidak berjumpa. 

“Nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal’s family, saya sambut dari jauh ajelee. Haai,” tulis individu tersebut. 

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat menerusi ruangan komen yang rata – rata memuji keperibadian Sharnaaz terhadap keluarga bekas isterinya. 

“Bagus btol sharnaaz..ank dia gi Umrah dia ada…nk balik pn dia tggu kt airport..”

“Ala jebat rindu baba dia”

“Shanaz dn fizo mmg bapa terbaik…. walaupun khidupan msing2 dh berbeza… tpi tnggjwb ank ttp diutamakn dn luang masa bersama.”

“Awat mamu segak sungguh aiihh..mamu baru balik dari mahkamah terus jemput jebat..aritu jebat pergi pun dia hantar..gentlemen sgt2..steady anak antoo”

“Bagusnya shaarnaz tu. Time ank g mekah dan balik dri mekah dia sntiasa ada utk sambut anknya”

“Sharnaaz muka gangst3r tapi bab anak tak pernah cuai..”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, rotikaya

[2] Gambar, sharnaazahmad, beritakopak

[3] Video, @nazilihazirah

Leave a Reply

Your email address will not be published.