
Pengacara dan usahawan popular Neelofa sering menjadi perhatian ramai sejak mendirikan rumah tangga dan kini memiliki seorang cahaya mata.
Meskipun jarang berkongsi mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal, namun para peminatnya sentiasa ingin mengetahui mengenai perkembangan Bilal.
Sebelum ini, Neelofa dikatakan sedang hamil anak kedua berikutan netizen perasan akan perubahan fizikalnya.
Pun begitu, Neelofa mahupun suaminya iaitu Muhammad Haris Ismail masih mendiamkan diri dan hanya meminta doa orang ramai.
Terbaru, perkongsian Neelofa di laman Instagram miliknya ketika menghadiri satu acara jenama terkemuka menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Neelofa yang mengenakan kot labuh berwarna koko cair menampakkan ‘baby bvmp’ meskipun dengan baju yang agak besar saiznya.
“Feast your eyes till 19th March @Diorss23,” kongsi Neelofa.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi dengan perubahan fizikal Neelofa.
“Pregnat lagi ye lofa skrg.. nk dpt adik dah Bilal.. insyaAllah”
“Jelass sgt dh nampk neelofa prgnatt .omg adik bilal is coming ..”
“MasyaAllah semoga dipermudahkan urusan lofa. Ilofayou ”
“Bilal nk dpt adik,, moga di permudahkan urusannya Amin”
“Berseri seri ummi Bilal ni ”
“Mesti semua org pandang perut lofa kan..hihi”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, neelofa
Video, neelofa