
Tanggal 18 Mac merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak perempuan penyanyi dan usahawan popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.
Tidak lama lagi, anak kesayangan Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti bakal berusia lima tahun dan apa yang menarik tahun ini adalah Aafiyah dapat menyambut hari lahirnya bersama kawan – kawan di sekolah.
Seperti kebanyakan sekolah akan menyambut hari ulangtahun pelajar mereka secara beramai – ramai pada bulan tersebut.
Hal ini sama dengan sekolah Aafiyah yang menyambut hari ulangtahun Aafiyah dan kawan – kawan yang sama bulan dengannya.
Kemeriahan sambutan tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian di laman Instagram milik Tokti sendiri, dimana Tokti turut meluangkan masa bersama anaknya.
Menurut Tokti lagi meskipun Aafiyah kurang sihat, namun tetap bersemangat untuk menyambut hari jadi bersama kawan – kawan di sekolahnya.
“Alhamdullillah, walaupun Aafiyah kurang sihat tapi Aafiyah bersemangat nak raikan kawan kawan yang sama lahir pada bulan march di sekolahnya.
“Semoga Allah Swt sentiasa melindungi anak ibu & berjaya dunia dan akh1rat.. aamin ya rabb,” tulis Tokti.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut teruja melihat majlis sambutan Aafiyah bersama kawan – kawannya.
Dalam pada itu, ada juga yang turut mendoakan kesembuhan buat Aafiyah yang mengalami dem4m pan4s.
Dia nampak tak ceria sebab tak sihat.. Semoga cepat sihat Aafiyah.
Bestnya cikgu dapat jumpa Tokti.
Sanah Helwah Aafiyah.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, ctdk
Video, ctdk