
Anak perempuan pelakon Fizo Omar hasil daripada perkahwinan dengan Mawar Karim iaitu Wan Maryam seringkali menjadi perhatian ramai.
Dengan perwatakan lemah lembut serta kecomelannya menjadikan para peminat tidak jemu memandang serta ingin tahu perkembangan terkininya.
Terbaru, perkongsian Mawar bersama anak tunggalnya menerusi akaun TikTok menarik perhatian ramai sehingga satu juta tontonan.
Menerusi video tersebut, Maryam dilihat sedang membuat tarian mengikut trend semasa di aplikasi tersebut.
Dengan gaya yang comel sambil diperhatikan oleh mamanya, ramai ger4m melihat aksi comel Maryam yang kini berusia enam tahun.
“Lagu apa yang Maryam pilih mama pun tak tau.. Famous ka lagu ni Maryam,” tulis Mawar pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kecantikan Maryam yang semakin membesar itu.
Comelnya Maryam.
Lawa Maryam ni macam Mawar.
Cantik dua beranak ni.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, mawar_karim, fizoomar
Video, @mawar_karim