
Sesi persekolahan bagi sesetengah sekolah sudahpun bermula dan pastinya ibu bapalah yang teruja untuk menghantar anak – anak pada hari pertama mereka.
Hal ini sama seperti pelakon dan pengacara Elly Mazlein berkongsi momen hari pertama sekolah anak perempuannya iaitu Putri Sara Sephia.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Elly atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom, anaknya bersama papanya berjalan beriringan ke sekolah.
Manjanya Sephia dengan papanya dan papanya juga layan Sephia seperti puteri raja.
Sephia juga dilihat sangat akrab dengan papanya yang setia menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah.
“Alhamdulillah manja excited nak ke sekolah,” tulis Kak Lina pada ruangan kapsyen.
Untuk makluman, Kak Lina dan Cikgu Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Kak Lina juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebelum bercer4i pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sephia.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, lepatpisang, ohsemput
Video, iamellymazlein