
Anak bongsu kepada pelawak dan penyampai radio Shuib sering menjadi perhatian ramai sejak dilahirkan Ogos tahun lalu.
Meskipun anak bongsu Shuib ini lahir tanpa kasih sayang seorang ibu, namun orang – orang disekelilingnya memberikan kasih sayang yang terbaik untuknya.
Ayash Affan kini berusia setahun sudah pandai berjalan dan bermain dengan kakak dan abang – abangnya.
Bukan itu sahaja, wajah Ayash yang saling tak tump4h dengan arw4h ibunya, Siti Sarah Raisuddin membuatkan ramai ingin mengikuti perkembangannya.
Terbaru, perkongsian ibu tiri arw4h Siti Sarah iaitu Siti Fatimah menerusi Instagram miliknya menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Ayash bersama abang dan kakaknya bermain sambil berpusing berpegangan tangan.
“Dah boleh main sekali dengan abang dan kakak,” tulis Makder.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur serta teruja melihat Ayash yang seronok bermain bersama adik beradiknya.
Ayash dah pen1ng.
Paling sayang.
Ayash comel sangat.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, shuibsepahtu, yoy
Video, suciuwais