
Tanggal 18 Mac merupakan hari ulangtahun anak perempuan kesayangan penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa.
Siti Aafiyah kini berusia lima tahun dan pastinya Datuk Siti atau mesra dipanggil Tokti menyambut hari ulangtahun kelahiran anaknya.
Terbaru, perkongsian Tokti di laman Instagram miliknya menarik perhatian ramai dimana Aafiyah diberikan kejvtan di sebuah hotel di Genting Highlands.
Menerusi video tersebut dapat dilihat reaksi Aafiyah yang teruja dengan hiasan bilik penginapan mereka selain dilekapkan foto – foto dirinya di dinding.
Dalam pada itu, Tokti juga menitipkan doa untuk anak perempuannya sempena hari ulangtahun kelahirannya.
View this post on Instagram
“Masya’allah Tabarakallah.. Semoga Allah swt memberkati anakku Aafiyah dunia & akhirat.. Terima kasih Ayah,” ucap Tokti.
Selain itu, menerusi Insta Story miliknya dapat dilihat keseronokan mereka sekeluarga bermain di taman tema di Genting Highlands.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menitipkan ucapan selamat hari lahir untuk puteri kesayangan Tokti dan suami.
“Happy birthday aafiyah…, Semoga dimurahkn REZEKI diberikesihatan yg baik semakin cantk…semakin bijak..jdi ank YG taat PD kedua ibubapa..amin2”
“Beruntung nya wahai kamu aafiyah, didoakan semoga menjadi ank solehah dan berjaya dunia akh1rat aamiin”
“Happy birthday Aafiyah yang cantik manis”
“Untung Aafiyah..selamat ulang thn sayang”
“Happiest birthday in advance Siti Aafiyah. Allah blesses always, dunia akh1rat. Aamiin”
“Sanah Helwah Siti Aafiyah Semoga Memberkati mu Dunia Akh1rat”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, ctdk, aafiyahkhalid
Video, ctdk